TRIVIA: KEDUDUKAN NAMA PEMAIN DIBELAKANG JERSI FC BAYERN


Tahukah anda jersi FC Bayern München mempunyai 2 posisi nama yang berbeza (lihat nama LAHM dlm gambar).

Begini ceritanya. FCB mula mencetak nama kelab di belakang jersi sekitar tahun 70an.

Pada tahun 93/94 DFB telah mewajibkan nama pemain dicetak pada jersi dan Bayern mula mencetak nama pemain di bawah nombor tanpa mengubah posisi asal nama kelab iaitu di atas nombor.

Bagaimana pun, seperti yang termaktub dalam UEFA Kit Regulation, Article 11 edisi 2012; UEFA telah menetapkan untuk setiap pertandingan di peringkat Eropah (UCL untuk Bayern) nama pemain mesti diletakkan di atas nombor.

Namun begitu, Uli Hoeneß menyatakan pandangan beliau dgn berkata “The club is more important than the player, therefore it stays at the top of the shirt.” yg bermaksud tiada sesiapa yg lebih penting dari kelab, Jadi ia (nama kelab) kekal di atas.

Atas prinsip tersebut Bayern kekal mencetak nama kelab di atas dan hanya meletakkn nama pemain di atas utk jersi perlawanan UCL sahaja, bagaimana pun ia tidak mencetak nama kelab di bawah nombor atas dasar prinsip seperti yg Uli katakan tadi.

Kebanyakan kelab eropah tidak meletakkan langsung nama kelab mereka di belakang jersi. Bagi kelab Bundesliga pula, kebanyakan pasukan meletakkan nama pasukan dibawah nombor dan mencetak nama pemain di atasnya.

Aku rasa, mesti ramai yang tak perasan benda ni. Sekian fakta pantas dari saya.

Hasil coretan asal:

En.Coi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by My FCBayern