
Prestasi mantap yang ditunjukkan Robert Lewandowski pada musim ini, pasti menarik minat banyak kelab-kelab lain. Terkini, Real Madrid juga turut membuka keinginan untuk merekrut penyerang Bayern Munchen ini.
Lewandowski memang sedang berada pada tahap yang sangat terbaik musim ini, karana dia sudah menjaringkan 19 gol dari hanya 18 penampilannya. Sudah semestinya, jika prestasi sebegini pasti mengundang minat presiden Real Madrid, Florentino Perez.
Lewandowski kini disebut-sebut ramai pihak di Madrid kononnya sebagai pengganti Karim Benzema. Khabar angin tersebut ternyata bukan sekadar khabar angin yang biasa, karena ejen Lewandowski, Cezary Cucharsky, turut mengesahkan akan minat Real Madrid pada kliennya.
"Anda tidak mampu menolak atau membantah bahawa memang ada keinginan dari Real Madrid untuk melamar Lewandowski," ujar Cezary, seperti yang dilapor di dalam akhbar Marca di Madrid.