About US


Perlu diketahui bahawa kelab My-FCBayern telah berdaftar dengan FC Bayern München AG di Jerman dan juga Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di mana segala peraturan kelab telah termaktub di dalam Perlembagaan My-FCBayern di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia.


Peraturan ahli sebagai pengguna Laman Web dan Facebook My-FCBayern:

1. Saling Hormat-menghormati

Ia bukan mengenai apa yang anda katakan, tapi mengenai cara bagaimana anda mengatakannya.

Menghina atau diskriminasi terhadap mana-mana individu, ahli kelab dan/ataupun ahli jawatankuasa pengurusan kelab dalam apa jua bentuk adalah tidak sepatutnya dilakukan pada bila-bila masa jua dan kami sesekali tidak akan menerimanya.


2. Isi kandungan

2.1 Tiada unsur pornografi, perkauman atau diskriminasi

Kami tidak akan bertolak ansur dalam sebarang unsur pornografi, diskriminasi dan/ataupun pihak berhaluan kanan dalam sebarang bentuk jua di dalam My-FCBayern.

2.2 Tiada unsur jenayah dan/atau keganasan

Anda adalah dilarang untuk berkongsi (share) link, post atau komen dan seumpamanya berkaitan unsur jenayah dan keganasan dalam apa jenis bentuk pun.

2.3 Tiada pengiklanan (advertising)

Tidak ada sebarang post, komen, gambar, video dan/atau link dalam sebarang bentuk promosi mahupun pengiklanan mengenai barangan luar yang tidak berkaitan dengan FC Bayern München mahupun My-FCBayern.

Perlu diketahui bahawa kami hanya menjual produk cenderamata kelab My-FCBayern yang dihasilkan sendiri oleh pihak Jabatan Perdagangan (Merchandising Department) kepada semua ahli kelab dan juga peminat FC Bayern München di Malaysia.

Segala bentuk perniagaan yang melibatkan nama dan/atau logo kelab My-FCBayern serta FC Bayern München di Malaysia tanpa keizinan mahupun persetujuan pihak pengurusan kelab My-FCBayern adalah dilarang sama sekali.

2.4 Tiada pelanggaran hak cipta

Adalah dilarang sama sekali untuk post mengenai perkara yang mencabuli hak berkanun (iaitu hak cipta, hak peribadi, hak cap niaga dan sebagainya).

Sebagai contoh: Fenomena 'copy and paste' yang berleluasa dalam internet sejak kebelakangan ini, sudah semestinya ia dilakukan tanpa keizinan mahupun persetujuan daripada pemilik asal perkara tersebut.

Segala bentuk perbuatan yang meniru atau menggunakan perkara yang melibatkan kelab My-FCBayern (seperti nama, logo dan sebagainya) adalah haram, jika didapati berlaku maka kami berhak mengenakan tindakan tatatertib mengikut undang-undang di bawah Akta Hak Cipta 1987 Malaysia.

2.5 Tiada spam

Kami tidak akan bertolak ansur mengenai sebarang post dan/atau komen mengenai spam dan/ataupun post yang sama berulang-ulang kali.


3. Maklumat lanjut (khususnya mengenai forum)

3.1 Elakkan post topik yang sama berulang-ulang kali

Polisi post adalah 'Satu topik, satu post' (One topic, one post).

Sila jangan mulakan sebarang topik baru mengenai satu topik yang masih sedang dibincangkan di post yang terdahulu kerana ia akan mengganggu dan mengelirukan struktur forum, akan menyebabkan post mengenai topik yang sama sehingga berulang-ulang kali.

Ahli yang ingin memberikan pandangan, cadangan dan sebagainya berkaitan topik tersebut boleh dibuat menerusi ruangan balas komen yang berada di bawah post yang berkenaan.

3.2 Memberi jawapan secara berhemah dan bijaksana

Sila jangan gunakan perkataan atau ayat yang berunsur negatif.

Elakkan dari menggunakan perkataan dan ayat yang sia-sia dan tidak berfaedah, tidak matang dan kebudak-budakan, tidak profesional, tidak berkaitan dengan topik atau kelab, menyentuh sensitiviti pihak lain dan sebagainya.

Utamakan post dan komen yang mempunyai maklumat dan info penting di mana untuk kepentingan semua bersama.

Lawak jenaka adalah dibenarkan, namun pastikan ia adalah bersesuaian mengikut suasana dan tidak keterlaluan.

3.3 Post topik yang berkaitan dan info penting sahaja

Post dan/atau komen yang tidak penting dan tidak relevan dengan isu semasa FC Bayern München dan aktiviti kelab My-FCBayern hanya membuang masa dan membazirkan ruang forum di mana ia akan menenggelamkan post lama yang lebih utama.

Tujuan diskusi diadakan adalah untuk memberi peluang kepada semua ahli untuk berbincang serta mennyebarkan maklumat mengenai berita semasa dan info penting, dan bukannya seperti bersembang kosong di kedai kopi.

4. Pelanggaran peraturan

Jika peraturan di atas tersebut dicabuli dalam apa jua cara, kami berhak untuk memadam segala post, komen, gambar, video, link dan sebagainya.

Kami juga berhak untuk memberikan teguran awal, malah jika lebih serius kami turut berhak untuk menyingkirkan sebarang individu dari keahlian kelab My-FCBayern sama ada secara sementara atau kekal mengikut budi bicara.


Terima kasih di atas kerjasama anda.

MIA SAN MIA,

Izmir Musa and Reza Tarmizi

Berkuatkuasa mulai 19 Oktober 2012.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by My FCBayern