Salam Kepada Semua Peminat FC Bayern München,
Guten Morgen dan Selamat Pagi. #FCBayern sekali lagi terkandas buat kali ketiga di peringkat Separuh Akhir UEFA Champions League dibawah pimpinan Pep Guardiola. Usah bersedih atau berduka kerana, ia sebahagian dari episod suka duka menjadi Fans Bayern terutama di Malaysia.
Dalam tempoh lima tahun ini, Bayern sememangnya gergasi dalam cabaran #UCL. 2 tahun di final 2012-2013, 3 tahun diperingkat semi final 2014-2016.
Jika anda peminat senior, episod 1999 dan 2012 tentu lebih pedih untuk diterima dari keputusan awal pagi tadi. FC Bayern bukan pasukan yang mudah tersingkir pada peringkat kumpulan, kerana FC Bayern adalah pencabar kejuaraan.
FC Bayern telah mencuba corak bola sepak "Catalan" selama tiga tahun. Ia hebat diperingkat domestik namun belum cukup mantap untuk menjuarai peringkat Eropah. Belum cukup garang seperti dibawah eraJupp Heynckes. Kita masih mengharapkan FC Bayern menjadi "La Bestia Negra" semula, satu gelaran besar dan pengiktirafan yang diberikan oleh Real Madrid C.F.
Julai ini, FC Bayern akan mencuba resepi bola sepak dari Italy di bawah pimpinan Don Carlo Ancelotti. Chin up dan tak perlu bersedih. FC Bayern telah mencuba sebaiknya namun tewas juga di peringkat ini.
Coach dan pemain datang dan pergi, yang tinggal hanyalah penyokong setia lagi tegar dan terus menyokong kelab kesayangan. Kesempurnaan memang sentiasa dicari. Semoga ada sinar pada musim mendatang. In #Bayern we trust ! Kita adalah kita ! We are we ! #MiaSanMia